Inspirasi
Lenguh Berjalan, Pemuda Urut Kaki Warga Emas Di Khalayak Ramai Raih Pujian

Ibu bapa merupakan insan pertama yang dikenali oleh anak-anak. Kasih sayang diberikan mereka tiada gantinya, justeru tiba masa untuk anak-anak pula membalas jasa orang tua.
Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok milik seorang gadis bernama Nengrey yang memuat naik sebuah video memaparkan seorang pemuda sanggup melakukan apa sahaja dipercayai untuk ibunya tanpa rasa malu.
Mulianya hatimu
https://www.tiktok.com/@neng_rey/video/6920871213787122945?_d=secCgYIASAHKAESMgowUtAB6CYQNwEzjvA%2FSqr1C%2FaHbyb7WuA9j7Cu%2FD98RzCfsdytUHipLGtR%2FFnzrQQaGgA%3D&language=en&mid=6890453997212257026&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAiaEoIvCKdJ0qg5DYSeX_aNY3lx6wMUtzHQQrL4hgvcmNQsbA4iW1TKHDtmrc3CZw&share_item_id=6920871213787122945&share_link_id=D794BACC-F458-4441-A95A-2E5ABFAE6DF9×tamp=1611480617&tt_from=whatsapp&u_code=d60f40a2ke7a55&user_id=6684589088522109953&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=whatsapp&source=h5_t
Menerusi rakaman video berdurasi 30 saat itu, pemuda tersebut dilihat sedang mengurut kaki wanita warga emas itu yang terduduk di tengah-tengah orang ramai.
Kelihatan di dalam video tersebut, warga emas yang sedang diurut kakinya itu begitu penat kerana harus berjalan jauh selain membawa barang yang banyak.
Tindakan pemuda terbabit menerima komen positif daripada warganet yang rata-rata turut sebak dan memuji lelaki itu tidak malu untuk melakukan perkara tersebut di khalayak ramai.
Mereka menyifatkan pemuda tersebut memiliki akhlak yang baik dan pasti sentiasa menyenangkan hati keluarga selain turut meluahkan rasa rindu terhadap ibu bapa masing-masing.
MasyaAllah
Anak yang soleh, Alhamdulillah
Semoga Allah berikan syurga buatmu
Jaga ibu sebaik-baiknya
Pengorbanan seorang ibu tidak dapat dibalas dengan wang ringgit, tetapi sebagai seorang anak haruslah sentiasa menjaga hati mereka dan berbuat baik agar sentiasa dipermudahkan segala urusan.
Sumber: TikTok Nengrey

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit