Connect with us

Inspirasi

Lengkap Bersut PPE, Doktor Redah Bukit Bukau Nak Rawat Budak Sakit

Para petugas kesihatan kini merupakan wira dimata penduduk dunia. Sanggup mengambil risiko dan membahaya nyawa sendiri adalah salah satu perkara yang membuatkan ramai salute dengan pekerjaan mereka terutamanya menghadapi situasi-situasi genting seperti atasi wabak pandemik.

Manakala di Thailand pula, seorang doktor mendapat penghargaan ramai apabila dia sanggup meredah gunung ganang dan juga menyebarangi sebatang sungai untuk merawat pesakit ciliknya. Nama Dr. Soi bertugas di Klinik Kesihatan luar bandar di wilayah Nan, Thailand kini menjadi sebutan rakyat di negara tersebut.

Seorang kanak-kanak telah dilaporkan sakit dan disebabkan dalam keadaan berkuarantin mereka sekeluarga tidak dapat bergerak dengan bebas. Oleh itu, Dr. Soi memutuskan bahawa dia akan berkunjung ke rumah anak kecil untuk memerikasa tahap kesihatannya.

Cukup lengkap dengan memakai PPE, dia kemudiannya pergi ke kampung budak berkenaan dengan menunggang motosikal bersama pembantu kerana kawasan tersebut memiliki jalan tanah yang curam dan sempit. Malah agak menguji ketahanannya apabila cuaca ketika itu mencapai suhu 38 darjah celcius.

Apabila sampai di puncak, dia dapat melihat sebuah pondok kayu kecil itu berada di tengah sebuah ladang dan dikelilingi oleh enam orang iaitu dua wanita tua dengan empat orang anak. Tibanya di kediamana tersebut, Dr.Soi terus melakasanakan tugasnya untuk memeriksa kanak-kanak yang sakit itu.

Kanak-kanak itu mengalami sedikit demam dan mengalami gejala sakit tekak. Doktor berkenaan memberi bekalan ubat dan meminta ibu untuk memantau keadaan anak itu.

Selepas tiga hari, wakil menghantar bekalan makanan dan minuman kepada enam beranak itu memaklumkan bahawa anak kecil itu telah pulih.

Sumber: World of buzz.

Continue Reading
Advertisement

Trending