Connect with us

WOW

Lelaki Tidur Sebelah Kubur Ditaburi Bunga, Netizen Dakwa Mungkin Rindu Arwah Isteri

Sebuah video tular di aplikasi TikTok memaparkan seorang lelaki sanggup berbaring di sebelah kubur yang didakwa berkemungkinan milik isterinya sehingga mengundang rasa sayu netizen, lapor Suara.com semalam.

Rakaman video berdurasi 17 saat dimuat naik di akaun @lukmansemborro itu memperlihatkan lelaki tersebut yang memakai baju berwarna biru dan seluar panjang berbaring di atas tanah tanpa menggunakan sebarang alas sebagai pelapik.

@lukmansemborroo

♬ suara asli – [email protected][email protected]

Tidak diketahui sebab mengapa lelaki di Indonesia itu berbuat demikian sambil melelapkan matanya, namun jika dilihat pusara berkenaan dipenuhi taburan kuntuman bunga yang masih segar.

Berikutan itu, rata-rata warganet mengandaikan bahawa kubur itu adalah kepunyaan arwah isterinya selain berasa simpati serta kasihan melihat keadaan lelaki terbabit.

Advertisement

“Mungkin isterinya baru meninggal dunia, dia menunggu di sebelah kubur. Sabar ya bang, semoga husnul khotimah,” tulis seorang warganet.
“Mungkin isterinya meninggal dunia dalam keadaan hamil, jadi dia menunggu sehingga bayi lahir supaya tidak diambil orang jahat, itulah kata datuk saya dahulu,” tulis seorang lagi warganet.
Ya Allah setianya dia terhadap isteri, sudah meninggal dunia pun masih mahu temankan,” tulis seorang warganet lain.

Sehingga kini, video berkenaan telah ditonton sebanyak 274,500 kali dan menerima hampir 6,800 tanda suka.

Sumber: Suara.com , TikTok @lukmansemborro

Continue Reading
Advertisement

Trending