Connect with us

Infozon

Lelaki Tidur Atas Pembahagi Jalan, Ramai Insaf Celik Mata Nikmat Pemberian Tuhan

Setiap orang yang hidup di atas muka bumi ini, pastinya bakal menjalani ujian yang telah ditentukan dalam hidup mereka. Ujian yang mendatang tersebut pula ditimpa mengikut kemampuan dan terdaya diri masing-masing

Di Twitter, seorang lelaki berkongsikan gambar yang membuatkan ramai tersentuh hati apabila melihatnya. Sekali gus, gambar tersebut menyedarkan orang ramai untuk terus bersyukur dengan kehidupan serta ketentuan yang sedia ada.

Kita rasa kita susah dah tapi…

Sekeping gambar seorang lelaki gelandangan sedang tidur di atas pembahagi jalan telah berjaya membuka mata pemuda dan para pengguna laman Twitter.

Lelaki berkenaan turut dilihat tidur di atas pembahagi jalan dengan hanya beralaskan kepingan kotak dan berbekalkan air mineral.

Sedihnya aku tengok dia…

Keadaan yang menimpa lelaki berkenaan sudah semestinya membuatkan para pengguna Twitter simpati dengan nasib yang menimpa dirinya.

Bayangkan orang lagi lain susah…

Konklusinya, walau apa jua keadaan yang menimpa dalam hidup, seharusnya kita tetap terus bersyukur kerana mungkin ada yang lebih kurang bernasib baik dari apa yang kita lalui.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending