WTF
Lelaki Terpaksa Bersanding Pakai Seluar Pendek Gara2 Baru ‘Accident’ Jatuh Motor

Setiap pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan sudah tentu mahukan yang terbaik buat majlis mereka nanti, kan? Namun, sebagai manusia kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan.
Begitulah yang terjadi pada pasangan pengantin di Indonesia ini.
Baru-baru ini, seorang pengantin lelaki di daerah Lengkong, Wilayah Jawa Timur, Indonesia mengejutkan netizen apabila gambarnya sedang bersanding dengan hanya memakai seluar pendek menjadi tular di laman sosial.
samawa pic.twitter.com/GkIiOU6Fqr
— curtiz (@br0wski) April 2, 2021
Menerusi gambar tersebut, pengantin lelaki itu dilihat bersahaja bersanding dengan berkaki ayam sambil tangan kirnya dibaluti kain anduh dan terdapat plaster luka pada bahagian bahu kirinya.
Selain itu, terdapat beberapa kesan luka yang jelas kelihatan di bahagian lutut, betis dan lengan kanan lelaki berkenaan.
Menurut laporan Kompas.com, pengantin perempuan bernama Elinda Dwi Kristiani berkata suaminya jatuh daripada motosikal 4 hari sebelum majlis perkahwinan mereka.
“Suami tidak boleh mengenakan baju pengantin kerana baru menjalani prosedur pembedahan pada bahunya. Dia baru saja keluar dari hospital,” katanya ketika dihubungi pihak media.
Difahamkan lagi, pada hari kejadian suaminya keluar menaiki motosikal untuk mengisi petrol. Secara tiba-tiba, dia pengsan sehingga terjatuh dari motosikal yang ditunggang.
“Kemalangan tidak melibatkan sesiapa hanya diri sendiri. “Alhamdulillah (pernikahan berjalan) lancar,” tambahnya lagi.
Kasihan tak dapat bergambar dengan elok
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib pasangan suami isteri itu yang tidak dapat berhias cantik sewaktu hari bahagia mereka berdua.
Semoga ada rezeki buat majlis resepsi kedua
Mungkin ada benar kata orang tua2, darah manis
Mungkin sebab tak boleh batalkan terpaksa teruskan majlis
Kenapa tak pakai jubah je?
Sumber: Kompas.com (Mela Arnani)

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit