Connect with us

Inspirasi

Lelaki Terjun Ke Lautan Lumpur Demi Selamatkan Barang Pemberian Arwah Isteri

Pernah tak korang terima pemberian daripada orang yang tersayang? Tak kisahlah sebesar mana nilai dan barang yang diterima, sudah tentu dihargai dan jaga dengan baik.

Itu dilakukan oleh seorang tukang besi berusia 41 tahun yang berasal dari Chonburi, Thailand. Sangat mengharukan apabila dia sanggup terjun ke dalam lautan berlumpur hanya kerana mahu mengambil balik barang pemberian isterinya yang terjatuh.

Kalau orang lain mesti dah biar je…

Ramai yang pelik, kenapa lelaki berkenaan sanggup terjun ke dalam lumpur hanya kerana nak ambil balik pita pengukur yang terjatuh. Padahal boleh je beli yang baru! Bukannya mahal pun kan?

 

Rupa-rupanya, ada kisah disebalik itu!

Jelas tukang besi berkenaan, pita berkenaan merupakan pemberian isterinya sebelum meninggal dunia. Kiranya pemberian khas daripada mendiang isterinya! Mana la tak sayang kan.

Susah jugak nak keluar dari lumpur tu!

Katanya lagi, dia turut berterima kasih kepada orang ramai yang membantu untuk keluar dari lautan berlumpur itu. Nasib baik ada orang perasan topi dan kasut yang ditinggalkan olehnya atas jambatan sebelum terjun ke bawah.

Sebelum isterinya pergi, dia telah berjanji akan menjaga pemberiannya itu dengan baik. Sememangnya telah terbukti yang tukang besi tersebut telah menjaga pemberiaan berkenaan dengan sepenuh hati.

Sumber : Thai Rescue News

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending