Connect with us

WOW

Lelaki Terduduk Menangis, Pilu & Kecewa Ditinggakan Kekasih Yang Curang

Tidak semua orang bernasib baik ketika dalam fasa percintaan. Lebih sakit hati lagi, apabila dikhianati serta dicurangi oleh insan yang disayangi dengan sepenuh hati.

Begitulah nasib yang menimpa seorang remaja lelaki, yang dilihat terduduk menangis dihadapan pintu bilik kerana dicurangi oleh gadis kesayangannya. Perkara ini telah kongsikan sendiri oleh rakan pemuda berkenaan di laman Twitter, sehingga meraih sempati dari warga netizen.

“Bila lelaki setia, kenapa amik kesempatan curang…”

Video rakaman lelaki ini, telah meraih hampir lebih 19,600 ulang kicau dan 847,000 tontonan di laman Twitter. Ramai yang telah meninggalkan kata-kata semangat buat lelaki berkenaan untuk terus move on.

https://twitter.com/ikhwanaidil_/status/1201149013346508801

Menyedari videonya telah tular dengan meluas, lelaki berkenaan telah mengucapkan terima kasih kepada orang-orang yang telah meninggalkan kata-kata semangat dan positif buatnya.

Redha jelah dengan ketentuan Allah

Ramai yang menasihati lelaki berkenaan supaya sabar dan redha dengan dugaan yang menimpa keatas perhubungannya itu.

Air mata lelaki itu lebih bernilai…

Payah nak tengok lelaki menangis!

Takpe bro! Dia tak layak untuk kau…

Setia tu memang mahal sekarang ni…

Setiap orang pastinya melalui detik-detik yang sukar dalam kehidupan mereka. Lebih baik melepaskan sesuatu itu pergi, kerana yang lebih baik pasti akan datang.

Sumber: Ikhwan Aidil.

Continue Reading
Advertisement

Trending