Connect with us

WOW

Bukan Cacat Tapi Unik, Lelaki Tanpa Lengan Jadi Sensasi Baru Tik Tok, Raih Ribuan Pengikut

Kekurangan diri bukanlah penghalang untuk seorang lelaki berasal dari Syracuse, tidak yakin dengan diri sendiri malah ia memanfaatkan kekurangan untuk menarik perhatian ramai.

Seorang pemuda bernama Colby Van Voorhis, 24, kini menjadi sensasi baru di sosial media, apabila beberapa video menerusi aplikasi TikTok dirinya mula tular.

Sensasi baru Tik Tok

Colby dilahirkan dengan mengalami kecacatan pada tangan dan kaki kini menjadi terkenal sekelip mata, selepas video aksinya ditonton 15 juta kali.

Makin ramai yang minat

Siapa sangka, dia yang menggelarkan dirinya sebagai Armless Freak, Colby sudah mempunyai 80,000 pengikut di aplikasi tersebut dan telah mempunyai peminat yang tersendiri.

@armlessfreak

#fyp #funny #joke #foryou

♬ Laxed (Siren Beat) – Jawsh 685

https://www.tiktok.com/@armlessfreak/video/6836898233432689926?lang=en

 

Kecacatan sejak dari dalam kandungan

Menurut Colby, kecacatan yang dialami sudah dikenal pasti sejak dari dalam kandungan lagi disebabkan kecacatan genetik apabila beberapa anggota badan tidak membesar dengan sempurna.

Kecacatan Colby ini merupakan satu dalam 100,000 kelahiran menyebabkan Colby ketiadaan tulang yang menghubungkan tangan dan badan.

@armlessfreak

Here’s to turning 24! And no the “pinch to grow an inch” doesn’t work, trust me I know #fyp #mybirthday #foryou #countdown

♬ Savage – Megan Thee Stallion

Kecacatan itu unik

Bagaimana pun, kecacatan itu menjadikan Colby lebih berasa unik dan yakin untuk mempamerkan keadaan fizikal dan memberikan sendiri nama ‘armless freak’ untuk menghiburkan orang ramai.

“Saya belajar bagaimana untuk meneruskan hidup seperti apa diinginkan dan bukan bagaimana orang lain patut lakukan untuk saya. Melihat orang lain gembira dan ketawa adalah sesuatu yang saya suka. Ia juga dapat menaikkan mood sendiri dan orang lain…”

Puji sikap positif Colby, apabila dia terus positif secara automatik orang disekeliling kita juga turut positif dengan kekurangan yang ada pada diri kita.

Sumber : Harian Metro & Colby Van Voorhis

Continue Reading
Advertisement

Trending