Connect with us

Inspirasi

Lelaki Tak Kisah Lamborghini Hancur, Asalkan Ibu Tunggal Pemilik Viva Tak Putus Rezeki

Tindakan pemilik Lamborghini, Thomas Heng yang menghadiahkan sebuah Perodua Myvi kepada pemandu wanita selepas kereta mewahnya terbabit dengan kemalangan mendapat perhatian netizen di media sosial.

Menurut lelaki berusia 40 tahun itu, kes diselesaikan secara baik tanpa pergaduhan dengan pemandu Perodua Viva tersebut malah tidak mengambil kisah soal wang sebaliknya hanya ingin meringankan beban wanita berkenaan.

“Ini bukan soal ada wang boleh beli apa saja, tetapi apa yang saya buat ini lebih kepada untuk memudahkan urusan dan mengurangkan seberapa boleh beban dialaminya.
“Hati saya tersentuh bila mengetahui wanita itu ibu tunggal anak tiga dan bimbang dia terputus sumber rezeki, saya membuat keputusan membelikannya Myvi terpakai untuk memudahkan pergerakannya menghantar pesanan dijual menerusi atas talian.
“Paling penting moralnya, tidak semua perkara perlu digaduhkan, selagi mana boleh selesai, selesaikanlah cara baik dan berhemah,” katanya.

Ahli perniagaan itu turut membuat perjanjian bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini pada masa depan dengan menjelaskan bahawa beliau rela hati membelikan kereta Myvi itu tanpa perlu dibayar semula wanita tersebut.

Beliau juga tidak menuntut sebarang ganti rugi termasuk wang tuntutan insurans daripada kerosakan Viva itu selain menjadi hak wanita berkenaan sepenuhnya untuk kegunaan demi membesarkan anak-anaknya.

Siap ‘design’ iklan perniagaan milik wanita tu lagi!

Sumber : Harian Metro

Continue Reading
Advertisement

Trending