Cute
Lelaki Sorok Duit Daripada Isteri, Sekali Kucing Mereka Yang Kantoikan

Orang kata bila dah berkahwin, setiap perkara perlu dikongsi bersama. Buat apa lagi nak berahsia? Tapi lain pula terjadi kepada pasangan suami isteri di Thailand ini.
Menerusi laman Facebook, Bow Kanuengnuch memuat naik sebuah posting mengenai seekor kucing peliharaannya yang secara tidak sengaja mendedah dan membongkar rahsia suaminya.
Menurut Bow, dia telah menemui satu kotak ‘rahsia’ dipenuhi dengan duit di dalam rumahnya. Rupa-rupanya kotak tersebut digunakan suaminya bagi menyimpan duit tanpa pengetahuan wanita terbabit.
“Kucing saya melompat di atas kabinet dan menolak kotak yang disembunyikan oleh suami selama ini sehingga jatuh,” tulisnya sehingga mengundang perhatian warga Facebook.
Apabila duit dah berterabur, wanita berkenaan sempat mengira ‘harta’ si suami yang mempunyai jumlah 2,000 baht (RM272). Boleh la juga buat belanja barang rumah!
Tambah Bow, sebelum ni dia ada meminta suaminya duit bagi membeli barang keperluan tetapi lelaki itu memberi alasan bahawa tidak mempunyai tunai.
Posting berkenaan tular apabila mendapat lebih 15,000 perkongsian serta pelbagai reaksi netizen yang rata-rata kelakar dan terhibur dengan kejadian tersebut.
Sumber : Bow Kanuengnuch

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit