Connect with us

Inspirasi

Lelaki Semangat Protes, Kibar 4 Warna Baju Untuk Nampak Seperti Bendera Palestin

Berikutan serangan rejim Zionis terhadap Semenanjung Gaza, beberapa buah negara melakukan tunjuk perasaan sebagai tanda sokongan dan solidariti bersama penduduk Palestin.

Tidak terkecuali di beberapa bandar utama Eropah apabila ribuan individu turun padang berarak sambil membawa pelbagai sepanduk dan kain rentang bagi memperjuangkan nasib bumi Palestin.

Bagaimanapun, terdapat satu video tular di laman Twitter yang menarik perhatian warganet apabila kelihatan seorang lelaki berkulit putih menyertai demonstrasi tersebut dari tingkat atas apartmentnya dipercayai di San Francisco, California.

Video dimuat naik @ibs_indistress itu memaparkan lelaki tersebut mengibarkan empat helai pakaian terdiri daripada warna merah, hitam, putih dan hijau yang disusun di lengannya untuk nampak seolah-olah seperti bendera Palestin.

“Masih tidak dapat melupakan lelaki kulit putih ini yang mengibarkan empat helai pakaian untuk kelihatan seperti bendera,” tulis @ibs_indistress yang terharu.

Perkongsian video lain

Posting video berdurasi 10 saat itu meraih 136,200 tanda suka dan diulang kicau lebih 35,000 kali selain dipenuhi pelbagai positif reaksi warganet dari seluruh dunia.

Rata-rata kagum dengan usaha dan semangat kebersamaan ditunjukkan lelaki tersebut dalam mengutuk kekejaman Israel sehingga menerima sorakan gemuruh daripada golongan protes di sekitar lokasi berkenaan.

Sumber: Twitter @ibs_indistress

Continue Reading
Advertisement

Trending