Connect with us

Inspirasi

Lelaki Sanggup Kerja Separuh Masa Demi Beri Makan Untuk Kucing Terbiar

Seorang lelaki bekerja separuh masa sebagai seorang tukang bersih di tepi jalan kerana ingin mendapatkan pendapatan lebih untuk memberi makanan kepada kucing yang terbiar.

Mohammad Azhar Alias bekerja sebagai eksekutif di Jabatan Sumber Manusia sebelum ini namun berhenti kerja untuk memulakan perniagaan membuat kek dengan isterinya.

“Saya bekerja sebagai eksekutif di Jabatan Sumber Manusia hingga tahun 2005 sebelum berhenti dan memulakan perniagaan membuat kek pada tahun 2008.
“Baru-baru ini, perniagaan saya agak merundum jadi saya membuat untuk bekerja separuh masa supaya saya dapat terus memberi kucing makan terutama kucing terbiar di lebuh raya,” katanya.

Lelaki berusia 43 tahun itu mengatakan isterinya, Samsida Mohd Ali tidak bersetuju dia bekerja sebagai tukang bersih di tepi jalan malah menyuruh supaya mencari pekerjaan lain.

“Dia menyuruh saya mencari pekerjaan lain seperti saya pernah kerja di pejabat sebelum ini. Dia risau saya tidak biasa melakukannya tetapi saya memilih pekerjaan itu kerana waktu yang fleksibel,” ujarnya.

Dia membelanjakan RM1,500 sebulan untuk membeli bekalan makanan dan memperuntukkan sebanyak 3.5 kilogram (kg) makanan kucing di setiap perhentian lebuh raya.

“Selalunya, saya akan meletakkan makanan di dalam bekas supaya kawasan tersebut tidak kotor. Saya sangat gembira kerana dapat membantu kucing terbiar,” kata Azhar.

Sumber: malaymail

Continue Reading
Advertisement

Trending