WTF
‘Lelaki Pokok’ Paksa Tangannya Dipotong

Terdapat pelbagai penyakit misteri yang semakin melular dalam kalangan masyarat dunia. Ini membuatkan kebanyakkan orang sentiasa berwaspada dengan pemakanan dan keadaan sekitar mereka
Sejak dari tahun 2016, Abul Bajandar atau dikenali sebagai ‘manusia pokok’ telah melalui sebanyak 25 pembedahan untuk membuang ketuat pada tangan dan kakinya di Dhaka Medical College Hospital, Bangladesh.
Setiap hari hampir tak tidur malam!
Ingatkan makin sembuh namun hakikatnya bertambah parah. Bapa kepada seorang anak itu dimasukkan ke hospital Januari lalu disebabkan keadaannya bertambah buruk.
Bajandar mengalami ketumbuhan ataupun ketuat di tangannya yang menyebabkan kulitnya menyerupai seperti kulit pokok.
Walaupun sudah menjalani banyak prosedur dan pembedahan tetapi ketumbuhan itu merebak dengan lebih parah dan besar!
Penyakit yang dialami oleh Bajandar ini merupakan penyakit genetik yang jarang berlaku dan dikenali sebagai penyakit epidermodysplasia verruciforis (sindrom lelaki pokok). Penyakit ini menyebabkan ketuat merebak ke seluruh anggota badan serta boleh berisiko menghadapi kanser kulit!
Tak tahan! Nak tangan dipotong.
Kerana penyakit yang dialami, Bajandar mengalami kesakitan yang tidak dapat ditanggung. Dia membuat keputusan untuk memotong kedua belah tangannya agar kesakitan tersebut tak dirasakan lagi.
Tetapi, hasratnya disangkal oleh doktor kerana mereka menjangkakan ketumbuhan tersebut akan merebak dengan lebih besar dan menjadikan keadaan dia lebih teruk.
Dia turut berkata, dia sanggup ke luar negara untuk mendapatkan rawatan lanjutan. Namun ekoran kekurangan wang dia terpaksa melupakan hasrat berkenaan.
Sebelum ini, Bajandar telah menerima rawatan percuma oleh Perdana Menteri, Sheikh Hasina selepas keadaan dirinya telah mengundang perasaan simpati seluruh negara Banglasdesh.
Diharapkan agar terdapat penyesaian dan badan-badan yang boleh membantu Abul Bajandar untuk merawat penyakit sindrom lelaki pokok berkenaan.
Sumber: Independent.

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi12 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit