Connect with us

WOW

Lelaki Muslim Pertahan Al-Quran Dari Dibakar Pemimpin Anti-Islam Di Norway

Meskipun kita hidup di dalam era serba moden dan semakin membangun, namum masih lagi ada segelintir puak-puak anti Islam yang sentiasa suka mencetuskan provokasi melibatkan sensitiviti agama.

Terbaru, di Norway telah berlaku satu demonstrasi oleh parti pemimpin anti-Islam yang dengan sengaja menaikkan kemarahan masyarakat Islam apabila menetapkan satu salinan Al-Quran untuk dibakar.

Tak sanggup lihat Al-Quran dibakar

Menerusi satu rakaman video, seorang lelaki yang dipercayai Muslim bertindak menyerang pemimpin tersebut kerana tidak sanggup melihat kitab suci dibakar, sebelum dia ditahan oleh pihak berkuasa.

Tindakan biadap anti-Islam

Tindakan pemimpin anti-Islam yang dikenali sebagai Lars Thorsen, boleh disifatkan sebagai biadap kerana tergamak dia melemparkan salinan Al-Quran ke dalam tong sampah semasa perhimpunan itu.

Keadaan di perhimpunan tersebut menjadi tegang selepas setelah beberapa orang bertindak menunjuk perasaan terhadap tindakan biadap pemimpin anti-Islam itu.

Sumber : The Muslim Realist

Continue Reading
Advertisement

Trending