Connect with us

WTF

Lelaki Menyamar Wanita Berpurdah, Semata-Mata Mahu ‘Selfie’ Bersama Wanita

Pada zaman milennial ini sudah menjadi kebiasaan apabila kita sering mengeluarkan telefon bimbit untuk mengambil gambar selfie secara solo ataupun bersama kawan-kawan.

Namun begitu, terdapat beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan dengan menggunakan aktiviti tersebut untuk melakukan perkara yang tidak wajar.

Bila buka rupanya berkumis

Seorang lelaki telah ditangkap oleh orang kampung apabila dia menyamar dengan berpakaian wanita memasuki masjid untuk mengambil gambar bersama jemaah wanita yang berada di dalam masjid tersebut.

Dia dikatakan buat-buat mesra bersama jemaah wanita lain supaya dia dapat memegang dan memeluk jemaah wanita tersebut seorang demi seorang.

Perkara ini berterusan sehinggalah pada 22 September yang lalu apabila jemaah wanita mula curiga dengan tindak-tanduknya lantas mereka melaporkan perkara itu kepada pengawal masjid.

Pengawal itu berkata bahawa dia juga perasan suspek masih tidak beredar walaupun solat Asar telah selesai. Suspek yang bernama Indratmoko melarikan diri apabila dia dihampiri dan disoal oleh pengawal masjid tersebut.

Namun begitu, jemaah lelaki yang berada di masjid itu berjaya menangkap suspek tersebut dan kemudian suspek diminta untuk membuka purdahnya.

Mereka terkejut apabila melihat ‘wanita berpurdah’ itu rupa-rupanya adalah seorang lelaki dalam lingkungan 44 tahun dan memiliki misai yang tebal.

Menurut pengawal masjid itu, jemaah lelaki berasa berang seterusnya membelasah suspek tersebut tanpa ihsan. Dia segera menelefon pihak polis bagi mendapatkan pertolongan selepas melihat situasi semakin tegang.

Pihak polis juga telah menyatakan bahawa keluarga Indratmoko telah hadir ke balai polis tersebut serta menunjukkan surat bukti bahawa suspek mengalami masalah mental.

Sumber: Tribun News

 

Continue Reading
Advertisement

Trending