Connect with us

Infozon

Lelaki Melutut Atas Jalan Kutip Beras Yang Sudah Jatuh Cetus Rasa Hiba

Ketika ini, makanan merupakan satu keperluan yang sangat diharapkan oleh seluruh dunia. Hal ini ekoran daripada pendemik Covid-19 yang melanda sehinggakan hampir sebahagian besar penduduk di negara-negara dijangkiti terpaksa berkurung dirumah.

Perkara tersebut membuatkan ramai insan berpendapatan rendah terpaksa kais pagi makan pagi serta mengharapkan bantuan demi mengisi makanan di perut.

Kutip beras yang dah jatuh

Dalam satu perkongsian gambar yang diperoleh menerusi media Thailand, seorang lelaki yang memakai topeng muka terpaksa mengutip beras di jalan apabila sumber makanan tersebut tumpah.

Dia yang mengutipnya seorang diri dalam suasana sepi di tengah-tengah jalan sememangnya menyebabkan warganet begitu sebak melihat keadaan tersebut.

Ramai yang berasa hiba

Dia yang dilihat melutut telah mengumpulkan semula beras yang sudah bertabur di jalanan dan memasukkannya ke dalam plastik dengan berhati-hati.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah menzahirkan rasa hiba melihat keadaan itu. Mereka mengakui betapa bernilainya beras buat lelaki tersebut sehingga dia sanggup mengutipnya ditanah dan dimasukkan semula ke dalam plastik untuk dibawa pulang.

Sumber :  รวมเด็ด คลิปดัง

 

Continue Reading
Advertisement

Trending