Connect with us

WOW

Lelaki Kantoi Tipu Isteri Konon Naik Pesawat Sriwijaya Air, Padahal Pergi Bali Jumpa Skandal

Umum mengetahui kecelakaan berlau di Indonesia yang sedang berkabung berikutan nahas pesawat Sriwajaya Air pada 9 Januari lalu yang telah meragut puluhan nyawa penumpang.

Namun, ada kisah lucu yang terjadi disebalik musibah tersebut. Menurut laporan berita Indo Zone, seorang lelaki dipercayai telah memberitahu isterinya bahawa dia akan ke Pontianak dari Jakarta untuk tujuan perniagaan.

Lelaki terbabit juga memberitahu isterinya dia akan menaiki pesawat Sriwijaya Air tersebut yang dijadualkan berlepas jam 2.00 petang pada hari Sabtu, 9 Januari.

Kata nak ke Pontianak, tapi bercuti di Bali

View this post on Instagram

A post shared by Boyke Dian N (@drboykediannugraha)

Advertisement

Tipu isteri rupanya

@thojenk1

ngakunya kepontianak naik pesawat..tapi ternyata suaminya ke…?#selingkuhituindah #tiktokmalaysiaviral #suami #pelakor #tiktokindonesiafyp

♬ original sound – DJ RYCKO RIA – DJ RYCKO RIA

Kisah ini juga turut tular di aplikasi TikTok yang dimuat naik oleh akaun @Thojenk. Video berkenaan ternyata memaparkan lelaki tersebut pergi bercuti di Bali dengan kekasih simpanannya.

Namun, lelaki tersebut pasti bingung dan rasa bersalah untuk pulang semula ke rumah kerana isterinya sudah menyediakan khemah dan kerusi untuk berkabung.

Advertisement

Walau bagaimanapun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Isteri kepada lelaki tersebut sudah mengetahui hal sebenar apabila media melaporkan terperinci mengenai nahas tersebut.

Lelaki terbabit mengaku dia tidak ke Pontianak dan isterinya bersyukur kerana suaminya yang ‘nakal’ itu tidak menjadi korban pesawat yang terhempas.

Kisah ini haruslah dijadikan ikhtibar oleh setiap pasangan yang berumah tangga supaya tidak menipu dan sentiasa bersikap jujur dengan pasangan masing-masing.

Sumber: Indo Zone , Instagram Dr Boy & TikTok Thojenk

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending