Connect with us

WTF

Lelaki Ini ‘Open’ Servis Bangunkan Sahur Secara Percuma Supaya Tak Terasa ‘Jomblo’ Lagi Dibulan Puasa

Seperti kebiasaannya, setiap kali bulan puasa, untuk sesiapa yang tinggal berseorangan pasti akan mengalami masalah susah bangun sahur ataupun terlajak bangun. Sedar-sedar dah pukul 7 pagi.

Baru-baru ini viral di Indonesia tentang seorang lelaki yang membuka servis bangunkan sahur atau dalam bahasa Indonesianya “Jasa Membangunkan Sahur”.

Lelaki yang berasal dari Magelang, Jawa Tengah ini atau dikenali dengan nama Khoirul Anam ini mengatakan yang dia mula mempromosikan servisnya ini di akaun Instagramnya iaitu @anam_chenel pada Isnin lalu.

Dia juga berkata yang dia sedia untuk dihubungi bermula jam 2 pagi sehingga waktu imsak.

Tidak ada masalah untuk kejutkan selama sebulan

Selain dari itu, Anam juga berkata yang dia tidak mempunyai masalah untuk kejutkan orang bersahur selama sebulan malahan dia juga ada menyediakan hadiah berbuka puasa untuk sesiapa yang menggunakan servisnya.

“Bagi sesiapa yang malam nanti tiada siapa nak bangunkan sahur, boleh gunakan servis saya untuk bangunkan sahur” – Anam

Tidak akan rasa keseorangan lagi

Anam juga berkata yang servisnya itu adalah percuma dan dia akan ‘standby’ dari pukul 2 pagi sehingga waktu imsak dan kepada sesiapa yang langgan servisnya selama sebulan akan dapat hadiah iaitu berbuka bersamanya.

“Free..saya stanby dari jam 2 malam dini hari sampai imsyak..puasa serasa tidak jomblo lagi” Anam

Anam juga akui yang dia membuka Jasanya itu supaya lain daripada yang lain. Selain dari mempromosinya di Instagram, dia juga memasang banner dan di tiang elektrik supaya sesiapa orang ramai perasan akan servis yang ditawarkannya.

Dapat sambutan dari orang ramai

Menurut Anam, bermula pada sahur 1 Ramadan, Anam telah menerima beberapa panggilan yang meminta bantuannya untuk membangunkan mereka sahur akan tetapi daripada 11 orang yang Anam kejut hanya 3 orang sahaja yang bangun.

“Saya membangunkan 11 orang, dan yang bangun hanya tiga orang. Tapi tak apa-apa, yang penting sudah berusaha,” jelas Anam

Jasanya terbuka kepada seluruh Indonesia

Anam mempunyai caranya tersendiri untuk membangunkan seseorang itu, katanya dia hanya akan telefon sebanyak 3 kali sahaja dan selepas itu dia akan beralih ke orang seterusnya. Selain daripada di Magelang, Anam juga membuka servisnya itu ke seluruh Indonesia. Tetapi semuanya bergantung pada cara orang yang menghubunginya itu.

“Untuk daerah di seluruh Indonesia. Kalau WhatsApp-nya sopan dan tidak kasar, pasti saya respons,” -Anam

Ia juga menjelaskan yang orang ramai yang melihat bannernya yang tergantung di tiang tersebut yang tersenyum.

Dirinya juga menjelaskan yang dia tidak mengenakan apa-apa bayaran kerana tidak mahu ambil risiko kalau dia tertidur ketika nak kejutkan orang lain, jadi untuk lebih selamat, dia sengaja buat secara percuma kerana apabila sama-sama tak terbangun tiada siapa-siapa pun yang rugi.

Memang genius idea, selalunya bila tinggal sorang-sorang mesti masalah tak terbangun sahur akan timbul. Jadi bila adanya servis macam ni, dapat jugalah orang yang berseorangan ni merasa kena kejut.

Sumber: Tribunnews & anam_chenel

Seorang penulis yang kuat berangan dan habiskan sisa masa dengan binge-watching Netflix

Continue Reading
Advertisement

Trending