Connect with us

Infozon

Lelaki Ini Mengulas Persoalan Adakah RM1 Terlalu Sikit Sebagai Duit Raya Masa Kini?

Ramadhan semakin meninggalkan kita, dan Aidilfitri semakin dekat menghampiri. Walaupun bersedih dengan peninggalan Ramadhan, tetapi dalam masa yang sama kita mengalu-alukan kedatangan Aidilfitri, hadiah hari kemenangan daripada Allah buat kita. Kami pasti anda sedang sibuk bersiap sedia untuk Aidilfitri yang akan tiba. Semoga ia menjentik sedikit minda dan hati dalam persoalan duit raya.

Lelaki Ini Mengulas Persoalan Adakah RM1 Terlalu Sikit Sebagai Duit Raya Masa Kini?1

“Adakah RM1.00 terlalu sikit sebagai duit raya sekarang?” seseorang bertanya kepada saya.

Kadang kala saya terfikir, kenapa perlu bertanya. Adakah  takut reputasi terjejas, orang katakan anda cheapskate? Kedekut? Jaga imej?

Ada orang pula, tidak berapa berduit. Tetapi sebab nak “dipandang tinggi” punya pasal, sanggup beri lebih daripada kemampuan, sampaikan perbelanjaan rumah, anak dan isteri sangkut sebulan.

Kalau bertengkar, suami isteri sampai boleh bergaduh dan mengungkit, “Eh please, you ingat duit raya tu siapa yang sediakan? Duit saya tau!” Adakah berbaloi untuk sedemikian (beri duit raya berlebihan) sehingga bergaduh?

Lelaki Ini Mengulas Persoalan Adakah RM1 Terlalu Sikit Sebagai Duit Raya Masa Kini?2

Duit raya tidak sepatutnya menyusahkan kita sebagai pemberi. Jangan melampaui batas hanya kerana mahu ‘jaga imej’, sehinggakan boleh ‘membahayakan’ hari yang sepatutnya menggembirakan.

Lelaki Ini Mengulas Persoalan Adakah RM1 Terlalu Sikit Sebagai Duit Raya Masa Kini?3

Dan buat penerima, mengapa memberi tanggapan mengikut berapa yang dia (pemberi) beri? Pertamanya, dia tidak wajib memberikan duit raya. Dia beri kerana dia mahu, dan kerana dia mampu, BUKANNYA kerana dia perlu. Zakat fitrah adalah perkara wajib. Memberi duit raya, tidak. Lagipun, anda tidak tahu komitmen dan perbelanjaannya, dan mengapa dia berjimat-cermat. Tak payahlah buruk sangka.

“He’elleh. Singgit je!”

Hanya dengan kata-kata itu anda sudah mendapat dosa pertama di pagi Aidilfitri.

Lelaki Ini Mengulas Persoalan Adakah RM1 Terlalu Sikit Sebagai Duit Raya Masa Kini?4

Jadi…

“Adakah RM1.00 terlalu sikit sebagai duit raya sekarang?”

Tidak. Ia bukan terlalu sikit. Dan tidak akan menjadi terlalu sikit.

Kerana, selagi ia ikhlas, ia mencukupi.

Lelaki Ini Mengulas Persoalan Adakah RM1 Terlalu Sikit Sebagai Duit Raya Masa Kini?5

Dan kepada yang ‘berkira-kira’ berapa banyak anda terima – dengan keadaan ekonomi sekarang, dan berapa gaji pemberi dapat dalam sebulan, dan apa yang anda boleh buat (atau tidak boleh buat) dengan amaun itu – anda seorang yang judgmental dan tidak bersyukur. Lebih baik anda memberikannya kepada seseorang yang rela hati dan bersyukur menerimanya dengan dua belah tangan terbuka sambil perkataan “Alhamdulillah” dan “Terima Kasih” terucap daripada mulut mereka.

Semoga nota ini menjadi peringatan buat kita menjadi ikhlas sebagai pemberi dan ikhlas sebagai penerima.

Sumber : TheVocket

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending