Connect with us

WTF

Lelaki Indonesia Teruja Dan Berselera Selepas Terjumpa Bangkai Ular Sawa Yang Masih Kepanasan

Pembakaran terbuka pada skala besar yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Indonesia ini disifatkan sebagai satu kejahatan yang luar biasa sehingga menyebabkan masalah jerebu.

Selain daripada jerebu, kebakaran tidak terkawal itu turut memusnahkan habitat-habitat haiwan liar yang tinggal di situ sehingga mengorbankan ribuan nyawa penghuni hutan di sana.

“Cari kicap, cari kicap”-Kata salah seorang pekebun tersebut

Sekumpulan pekebun Indonesia dikatakan telah berjalan ke kawasan hutan yang terbakar itu untuk melihat kejadian tersebut. Namun secara tidak sengaja mereka telah menemui beberapa ekor ular yang telah mati terbakar di situ.

Salah seorang daripada mereka telah berkata “Masih hangat, anaknya enak ni, waduhh. Cari kicap, cari kicap”. Lelaki tersebut mempunyai keinginan untuk memakan ular tersebut apabila melihat ular itu masih panas terbakar.

Menerusi video tersebut, keadaan sekeliling hutan itu kelihatan masih berasap dan tanahnya telah menjadi kehitaman akibat dijilat api.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut berasal kesal dengan kejadian yang menimpa hutan itu. Mereka juga terkejut apabila melihat kumpulan lelaki tersebut masih mempunyai keinginan untuk memakan ular itu berbanding merasa kesian kerana mati terbakar.

Sumber: Facebook

Continue Reading
Advertisement

Trending