Connect with us

WOW

Lelaki Guna Drone Rakam Macam2 Perangai Penduduk Sepanjang ‘Lockdown’ Dijalankan

Sepanjang tempoh ‘lockdown’ dijalankan, semua orang dikehendaki duduk di rumah. Hanya seorang sahaja yang dibenarkan keluar untuk membeli barang keperluan.

Seorang jurugambar berkongsi gambar yang diambil ketika ‘lockdown’ di Lithuania dilaksanakan. Koleksi gambarnya menunjukkan aktiviti masyarakat yang dilakukan sepanjang kuarantin berlangsung.

Adas Vasiliauskas menggunakan drone dimana ia tidak perlu berkontak dengan orang lain untuk menangkap gambar melalui tingkap dan balkoni mereka.

“Ketika Lithuania dikuarantin, semua kerja penggambaran saya dibatalkan dan majlis ditunda. Saya tidak mempunyai kerja lain dan memikirkan apa yang seharusnya saya lakukan,” ujarnya.

Pada mulanya, Adas berfikir untuk merakam gambar dengan menggunakan kanta telefoto tetapi dia teringat bahawa pernah menggunakan drone ketika majlis perkahwinannya.

Adas memulakan projek itu untuk menghiburkan orang lain di dalam situasi resah yang berpunca daripada Covid-19 dan dia mula mengambil gambar rakannya lalu mendapat banyak tanda suka di media sosial dan projek tersebut telah berjaya.

Dia percaya bahawa gambar itu mampu membuat ramai berfikir bahawa duduk di rumah juga merupakan satu perkara yang menyeronokkan dan mengingatkan semua orang untuk menjaga jarak sepanjang kuarantin berlangsung.

Sumber: Boredpanda

Continue Reading
Advertisement

Trending