Connect with us

WTF

Lelaki Dipaksa Usung Kostum ‘Hand Sanitizer’ Cetus Kemarahan Ramai

Disebabkan kini hampir satu dunia diterjejas dengan wabak Corovirus yang tercetus awal tahun lalu. Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengamalkan langkah pencegahan dan juga menjaga kebersihan diri dengan lebih teliti.

Penutup mulut dan juga hand sanitizer kini antara merupakan barang yang sangat berharga dan perlu dimiliki oleh setiap orang. Orang ramai disarankan untuk sentiasa memakai penutup mulut terutamanya ketika berada di tempat-tempat awam. Malah, tangan perlu di basmi menggunakan sanitizer untuk mengelakkan virus atau kuman terus merebak.

Tak ada perikemanusiaan ke?

Beberapa keping gambar yang menjadi bualan hangat di laman sosial hari ini dikatakan sangat tidak bersifat perikemanusiaan.

Gambar tersebut telah memaparkan  seorang lelaki yang memakai kostum hand sanitizer, dan dikatakan mengelilingi bangunan bagi memudahkan orang di situ menggunakannya.

Sekali pandang ia memang dilihat amat melucukan namun jika ditatap wajah lelaki itu, dia seakan-akan tidak rela dengan tugasan yang diberikan itu.

“Tahan semata2 nak amik gambar…”

Bertambah kecewa dan menyedihkan, lelaki berkenaan dikatakan ditahan sesuka hati hanya bertujuan untuk mengambil gambarnya. Ramai yang mengecam tindak tanduk syarikat berkenaan kerana memperlakukan lelaki berkenaan sebegini rupa.

Kesiannya, kena kehulu-kehilir macam tu

“Manusia sendiri tak nak sentuh hand sanitizer…”

Permohonan maaf dibuat!

Setelah diterima kecaman oleh netizen, syarikat berkenaan tampil memohon maaf menerusi laman sosial mereka.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending