Connect with us

WTF

Lelaki Didakwa Bunuh Anak 4 Tahun, Bengang Mangsa Tak Reti Guna Mangkuk Tandas

Seorang lelaki berusia 28 tahun dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan membunuh anak tiri perempuanya dengan bertindak memukul kerana membuang air kecil di luar mangkuk tandas. Kejadian yang kejam ini berlaku di Bukit Batok, Singapura.

Memetik laporan The News Straits Times, tertuduh Muhammad Salihin Ismail membunuh mangsa yang berusia empat tahun pada 1 September dan 2 September 2018 dipercayai dengan memukul, menendang dan menumbuk perut anaknya berkali-kali.

Gambar sekadar hiasan

Pada malam kejadian, mangsa mengadu mengalami kesakitan pada bahagian perut pada ibunya selepas makan nasi dan muntah.

Walau bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia dan hasil bedah siasat mendapati akibat pendarahan yang teruk dalam rongga peritoneum.

Advertisement

Justeru itu, pada 3 September 2018, tertuduh mengaku bersalah melakukan keganasan tersebut dengan sengaja kerana mahu memberi ‘pengajaran’ supaya menggunakan tandas dengan elok dan membuang air kecil di tempat yang sepatutnya sebagai persediaan ke sekolah.

Perbicaraan terhadap Salihin dan isterinya, Syabilla telah diteruskan hari ini dan jika didapati bersalah membunuh, hukuman mati dan penjara seumur hidup akan dikenakan.

Sumber: The News Straits Times (Selina Lum)

Continue Reading
Advertisement

Trending