Connect with us

Infozon

Lelaki dedah punca kenapa Jack Ma pilih Malaysia dalam banyak-banyak negara di Asia

1. Malaysia mempunyai ramai orang berbangsa Cina yang boleh bertutur di dalam bahasa Mandarin dan berkomunikasi dengan peniaga dan kilang dari China

2. Singapura terlalu sombong untuk berurusan dengan China. Mereka hanya mahu mengekalkan standard dengan berurusan dengan orang putih saja.

3. Indonesia, Filipina, Vietnam dan lain-lain negara tidak mempunyai jumlah penduduk yang boleh berkomunikasi di dalam bahasa Mandarin.

4. Sekiranya dilihat dari faktor demografik, bahasa dan budaya di Asia Tenggara, memang Malaysia paling stategik untuk dijadikan sebagai pilihan utama. Sekiranya China dapat kukuhkan rangkaian logisting di SEA, maka mereka boleh kuasai pasaran di Australasia juga.

5. Logistik bukan saja satu hala, tetapi sudah menjadi dua hala untuk mendapatkan sumber dari rantau Asia Tenggara untuk sektor pembuatan oleh kilang-kilang di China.

Tahu atau tidak sejak beribu-ribu tahun dulu, semasa zaman Maharaja China, mereka sudah yakin bahawa negara China adalah Nombor 1 di bawah langit. Sehingga kini, kalau ada syarikat besar dari China, mereka akan tetapkan matlamat untuk jadi Nombor 1 Di Bawah Langit. Jadi, salah satu cara untuk China menjadi No. 1 di Bawah Langit bukan lagi dengan peperangan, tetapi dengan menguasai perdagangan di seluruh dunia.

Sekarang sudah ada e-perdagangan, boleh berniaga di mana-mana saja. Jadi masalah yang perlu diselesaikan sekarang hanyalah masalah logistik. Sebab itu Jack Ma sudah membeli Lazada untuk kuasai potensi perniagaan atas talian di rantau Asia Tenggara dan kemudian Lazada Ekpress untuk kuasai rangkaian logistik.

Tahu atau tidak sekarang China sudah ada rangkaian keretapi, Trans-Asian Railway, laluan bawah tanah yang menghubungkan China dengan negara-negara di Eropah. Jadi tengok China kalau dapat menguasai rangkaian logistik, maka mereka akan dapat kuasai ekonomi dunia.

Hebat kan kalau kita faham mindset gergasi?

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending