Connect with us

WTF

Lelaki China Sebarkan Coronavirus Dengan Lap Air Liurnya Di Butang2 Lif

Wabak coronavirus masih tidak menunjukkan tanda-tanda virus ini akan reda. Malah, bilangan angka kematian yang terkorban angkara virus ini semakin hari semakin bertambah.

Untuk mencegah diri dari terkena jangkitan wabak coronavirus ini, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa memakai penutup mulut dan jauhkan diri daripada pesakit yang terkena jangkitan coronavirus ini.

Selain itu, banyak juga cerita yang didengari mengenai kerenah-kerenah mangsa coronavirus yang sanggup bertindak diluar jangkaan. Kebanyakan mereka bertindak sebegini kerana tidak puas hati keraba menjadi salah satu mangsa wabak coronavirus

Ada dari kalangan mangsa coronavirus ini, sanggup meludah air liur mereka kepada orang ramai sebagai salah satu cara untuk menyebarkan jangkitan tersebut kepada orang lain.

Kejadian seperti ini boleh dapat dilihat sendiri melalui sebuah video yang tular di Twitter. Dalam video tersebut telah memaparkan seorang lelaki bersama ahli keluarganya sedang menaiki lif.

Semasa mereka sedang menaiki lif, lelaki berkenaan dilihat mengelap air liurnya di butang-butang lif disitu. Ramai yang mempercayai, perbuatan yang dilakukan lelaki ini adalah bertujuan untuk menyebarkan wabak coronavirus.

Dilaporkan juga, video kejadian ini telah mendapat perhatian pihak berkuasa dan melakukan siasatan keatas suspek yang dikehendaki ini.

Melihat bukti dan kejadian yang berlaku ini, ramai ketika ini merasa was-was dan lebih cakna dengan kebersihan diri serta keadaan sekeliling.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending