Connect with us

WTF

Lelaki Bogel Dirakam CCTV, Penduduk Resah Dakwa ‘Orang Minyak’ Ketuk Pintu Rumah

Tular sebuah rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di Indonesia menunjukkan seorang lelaki berbogel yang mengetuk pintu sebuah rumah di kampung Desa Sendang Rejo, Sumatera Utara, lapor Suara.com semalam.

Menurut laporan Kosmo! Online, lelaki tersebut yang juga mengenakan kain berwarna oren di kepalanya selain berbogel cuba untuk membuka tingkap rumah tersebut.

Berikutan itu, segelintir warganet mendakwa lelaki berkenaan mungkin ‘kolor ijo’ iaitu karakter mitos Indonesia yang akan memperkosa mana-mana wanita yang dijumpainya.

Video berdurasi 32 saat itu turut menarik perhatian seorang ahli antropologi Universiti Negeri Medan, Erond L Damanik yang menepis dakwaan netizen dengan mengatakan bahawa ‘kolor ijo’ adalah manusia memakai seluar pendek berwarna hijau.

Erond berkata, karakter tersebut adalah mitos semata-mata dalam kalangan masyarakat yang bertujuan untuk menakut-nakutkan seseorang.

Sumber: Kosmo! Online , News Detik

Continue Reading
Advertisement

Trending