Inspirasi
Lelaki Berulang Kali Sebut Allahuakbar, Menangis Lihat Isteri Bersalin Depan Mata

Seorang Youtuber popular di Indonesia tidak lekang menyebut ‘Allahuakbar’ sewaktu menemani isterinya melahirkan cahaya mata sulung di sebuah hospital minggu lalu.
Momen berharga itu dikongsi melalui laman Instagram miliknya, Arif Muhammad dengan memuat naik sebuah video ketika proses bersalin isterinya Dita Audina sehingga melahirkan anak lelaki yang diberi nama Muhammad Arsenio Al Arif.
Perasaan bercampur baur!
https://www.instagram.com/p/B9RfTXrDcO7/
“Kagum dengan @ditaaudina dari bukaan pertama sampai anaknya lahir tidak menangis,” luahnya.
Menerusi rakaman video berdurasi seminit itu, kelihatan Arif di sisi isterinya menyebut kalimah Allah sebelum disudahi dengan ‘Alhamdulillah’ sambil menangis teresak-esak sehingga terdengar tangisan anaknya yang lahir ke dunia.
Lelaki berusia 29 tahun tersebut berkata, dia kagum melihat pengorbanan dan kecekalan isterinya yang bertarung nyawa demi melahirkan zuriat terindah itu.
Mengazankan anak tercinta
Posting berkenaan dihujani ucapan tahniah malah terdapat segelintir individu yang turut terharu melihat kesungguhan isterinya yang tidak putus asa dalam proses melahirkan cahaya mata.
https://www.instagram.com/p/B9Y3JtYDLPD/
Sumber : Instagram

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit