Buzz
Lelaki Berjaya Tawan Ikan Baung Ekor Merah Gergasi Seberat 50kg

Ada pepatah mengatakan, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Samalah macam kisah yang dikongsikan oleh seorang ketua kampung di Tanjung Lipis bernama Najid Abu apabila dia berjaya menangkap seekor Ikan Baung Ekor Merah Seberat 50 Kilogram di sungai Jelai, semalam.
Menurut laporan Kosmo, ikan gergasi itu telah berjaya ditangkap dengan menggunakan umpan ikan keli hidup dan tali pancing yang diikat pada dahan pokok berhampiran di tepi sungai itu.
Najib berkata, pada jam 7.30 pagi semalam selepas menghantar anaknya ke sekolah, dia turun ke sungai untuk melihat keadaan semasa taut yang telah diikatnya pada dahan pokok, petang kelmarin.
Apabila sampai di tempat tersebut, dia sangat terkejut apabila ikan gergasi itu telah memakan umpannya dan mengambil masa hampir 10 minit untuk menarik baung ekor merah itu yang masih kuat meronta naik ke atas darat.
“Mungkin rezeki menyebelahi saya, sekiranya lewat ikan ini boleh terlepas kerana tali taut yang diikat pada dahan pokok tepi sungai ini boleh putus direntap ikan ini,” katanya.
Sebaik sahaja ikan itu berjaya ditarik di atas darat, dia kemudiannya menjual ikan tersebut ke sebuah kedai runcit di pekan Kerambit.
Ikan itu kemudiannya dipotong kepada bahagian yang lebih kecil dan ditimbang bagi dijual kepada orang ramai dengan harga RM25 sekilogram.
Hasil daripada jualan itu, Najid mendapat keuntungan bersih sebanyak RM1,250.
Sumber: Kosmo (Haris Fadilah Ahmad)
-
Buzz4 weeks lepas
Ghairah Cium Bakal Isteri, Lelaki Ini Ditampar Ketika Majlis Pertunangan
-
Semasa4 weeks lepas
Terus Masuk Ke Akaun Peribadi, Cara Pengurusan Wang Sumbangan Uncle Kentang Dipertikai
-
Buzz4 weeks lepas
Doktor Pakar Bius Kantoi Masukkan Kemaluan Dalam Mulut Pesakit Ketika Pembedahan Czer Berlangsung
-
Berita1 month lepas
Buang Gaya Hidup, Sedia Hadapi Kemelesetan Ekonomi, Wartawan Senior Saran Simpan RM400 Mulai Sekarang
-
Berita1 month lepas
Berlambak Dijual Di Golok, Thailand, Penyeludup Minyak Masak Subsidi Kaya Raya
-
Hiburan1 month lepas
Pemuda Ini Belanja Tiket Filem Mat Kilau Untuk Anak Tahfiz, Satu Panggung Penuh Dengan Kopiah Putih!
-
Hiburan1 month lepas
Nas Daily Kantoi Maki “Fu*k Israel, Kali Ini Sempat Dirakam Kamera
-
Berita4 weeks lepas
Fenomena ‘Supermoon’ Dijangka Akan Berlaku Jam 5.09 Petang Ini
Facebook Comments