Connect with us

WTF

Lekat Bakul Di Cengkerang Kura-Kura, Zoo China Kaut Keuntungan Dengan Cara Keji

Setiap kaum ataupun etnik, pasti mempunyai satu kepercayaan serta adat yang dipegang dari zaman nenek moyang lagi. Walaupun masa semakin menuju ke era pemodenan, namun budaya dan kepercayaan ini masih lagi kuat malah tetap jadi pengangan hidup mereka.

Sebuah Zoo di negara China telah menyebab kontroversi apabila dilihat melekatkan sebuah bakul dibelakang seekor kura-kura gergasi. Tujuan bakul tersebut dilekatkan adalah untuk mengaut keuntungan dengan cara yang agak tidak munasabah.

Hanya bakul dan bendera negara China

Sebuah bakul dan bendera negara China telah dilekatkan dicengkerang kura-kura berkenaan, yang menyebabkan pelawat dan pelancong untuk meletakkan duit ke dalamnya.

Perkara itu kemudiannya menjadi tular di media sosial dan telah menimbulkan kemarahan orang awam.

Pihak zoo lakukan siasatan

Pihak zoo negara China mengatakan mereka tiada kena mengena dengan hal berkenaan. Kemungkinan perkara ini telah dilakukan sendiri oleh penjaga atau pekerja di zoo berkenaan.

Ramai yang percaya benda tahyul!

Penduduk tempatan dan juga para pelancong mempercayai bahawa kura-kura tersebut membawa tuah kepada mereka. Oleh itu, mereka sanggup untuk melabur duit dan meletakan wang mereka dalam bakul berkenaan.

Mereka juga percaya bahawa perkara ini akan dapat menghalang kuasa jahat ataupun aura buruk menyelubungi kehidupan mereka.

Perkara ini dianggap sebagai satu kekejaman dan ekspoitasi terhadap haiwan. Dalam tak sedar sebenarnya perbuatan tersebut dapat mengancam nyawa dan memberikan ketidak keselesaan terhadap haiwan tersebut.

Sumber: Mail Online.

Continue Reading
Advertisement

Trending