Connect with us

WTF

Leher Terjerut Dawai Perangkap, Zirafah ‘Cerdik’ Menangis Minta Tolong Pengunjung

Baru-baru ini, kumpulan produksi dari Berita EBC Taiwan telah pergi ke Afrika untuk penggambaran dan mereka terlihat kejadian yang menyayat hati.

Pengacara rancangan tersebut, Bai Xinyi berkongsi cerita di media sosial dimana mereka ternampak seekor zirafah yang menderita terjerut dawai perangkap pemburu.

Menurut Bai, dia tidak pernah melihat air mata zirafah hingga ke hari itu apabila haiwan tersebut berhenti di depan kereta mereka.

“Zirafah itu berhenti di depan kereta kami dan terlihat air matanya mengalir. Kami tertanya-tanya tentang zirafah tersebut namun kami ternampak lehernya terjerut dengan dawai. Saya percaya ia sedang meminta pertolongan kami,” katanya.

Bai menjelaskan pemburu akan melakukan perangkap dengan mengikat dawai di pokok dan zirafah akan terperangkap ketika ia sedang memakan daun di pokok tersebut.

Kebanyakan menganggap zirafah adalah haiwan yang tidak terancam namun bagi zirafah jenis Masai, populasi mereka telah jatuh sehingga 50 peratus sejak 30 tahun lalu.

Mereka diburu kerana kulit, daging, tulang dan ekor dimana sesetengah budaya percaya bahawa tulang dan otak zirafah boleh menyembuhkan penyakit seperti HIV dan AIDS.

“Zirafah ini bernasib baik kerana dapat melepaskan diri dari perangkap tersebut tetapi bila saya melihat kejadian berkenaan, saya sangat kecewa dengan apa yang telah manusia lakukan,” ujarnya.

Mereka dengan segera memaklumkan perkara itu kepada penjaga hutan untuk menidurkan zirafah tersebut sebelum melepaskan wayar tersebut.

Sumber: World of Buzz

Continue Reading
Advertisement

Trending