Connect with us

Cute

“Lega dah berak!”- Bakal Isteri Berbisik, Mengaku Puas Membuang Air Menjadi Tular

Hari perkahwinan pastinya jadi detik paling istimewa dalam hidup. Kehadiran keluarga dan teman rapat memeriahkan lagi majlis perkahwinan yang berlangsung.

Perasaan berdebar-debar dan teruja dalam masa yang sama,  sudah tentu menyelubungi diri bakal pengantin.

Ingat nak kongsi berdua je…

Namun, lain pula kejadian yang dialami oleh pasangan pengantin ini. Video pada hari bahagia mereka tular di media sosial kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pengantin perempuan!

 

Biasanya orang berdebar-debar…

Tetamu yang hadir ketika majlis itu pasti terpesona dengan kecantikan pengantin perempuan yang kelihatan begitu menawan. Pengantin itu berjalan dengan sangat ayu menuju ke pentas untuk berada disisi bakal suaminya.

Puji isteri sangat cantik!

Terpesona dengan kecantikannya, pengantin lelaki dilihat sempat lagi memuji kecantikan bakal isterinya ketika berada di atas pentas itu.

“Awak nampak menakjubkan!”. Katanya.

 

Luah sesuatu luar jangkaan…

Sebelum upacara perkahwinan mereka dimulai, pengantin perempuan sempat berbisik sesuatu kepada bakal suaminya itu. Dia telah mengaku baru lepas membuang air besar sebelum berjalan masuk ke dalam dewan.

“Awak dah kenapa?”

Sejurus mendengar kenyataan yang dibuat oleh wanita tersebut, lelaki berkenaan telah memberitahu bahawa dibajunya terdapat mikrofon yang telah diletakan oleh videographer perkahwinan mereka.

Hanya mampu gelak!

Menyedari bahawa perbualan mereka mungkin didengari oleh videographer terbabit, mereka berdua hanya mampu ketawa mengenangkan situasi berkenaan.

Video tersebut telah tular dan popular dikalangan pengguna media sosial. Rata-rata terhibur dengan gelagat mereka berdua walaupun kejadian ini berlaku secara spontan.

Sumber: Mirror UK.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending