Detik
Lebih 30k Kes COVID-19 Sehari, Keluarga Beratur Tunggu Giliran Kebumi Jenazah Di Indonesia

Biarpun negara lain kini beransur pulih daripada ancaman COVID-19, sebaliknya pula dengan situasi yang berlaku di negara seberang Indonesia.
Difahamkan lagi, bilangan jangkitan di negara berkenaan tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan sejak pertama kali dibadai virus berbahaya tersebut.
Memetik laporan yang dikongsi oleh akaun rasmi Twitter Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia, semalam (7 Julai 2021) sebanyak lebih 34,000 kes positif COVID-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam, sekaligus menjadi bilangan tertinggi pernah direkodkan.
Kes COVID-19 paling tinggi direkodkan
Update Infografis percepatan penanganan COVID-19 di Indonesia per tanggal 7 Juli 2021 Pukul 12.00 WIB.#BersatuLawanCovid19 pic.twitter.com/u7BhKv9BNO
— BNPB Indonesia (@BNPB_Indonesia) July 7, 2021
Setiap hari, beberapa buah ambulans beratur di tanah perkuburan
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @Sharmsoul di laman sosial Twitter, jelas kelihatan suasana agak ‘gawat’ di mana beberapa buah ambulans dilihat beratur di sebuah kawasan perkuburan bagi prosedur pengebumian jenazah pesakit COVID-19.
Masing-masing sedang menunggu giliran untuk menyemadikan jenazah dalam persinggahan terakhir di muka bumi ini.
Kawan di Jakarta share suasana pengkebumian jenazah covid di Rototan Jakarta, hari ini sahaja 9300 kes baru di Jakarta, 34K seluruh Indonesia ðŸ˜
Bertahan ya teman2 semua . pic.twitter.com/C7xGluYhwU
— Sharmsoul 🇲🇾 (@Sharmsoul) July 7, 2021
Situasi memilukan di tanah perkuburan
Sementara itu, di aplikasi TikTok pula tular beberapa video memaparkan sekitar kawasan perkuburan yang cukup lapang namun dipenuhi dengan orang ramai yang beratur sambil memegang batu nisan.
Malah, dipercayai ada di antara mereka yang menunggu giliran jenazah ahli keluarga untuk dikebumikan di tanah perkuburan terbabit.
@cafelattenim tempat pemakaman covid di tambun bekasi
Lebih mengejutkan apabila setiap liang lahad dikatakan terpaksa dikorek menggunakan jengkaut bagi mempercepatkan prosedur pengebumian. Ini secara tidak langsung menjadi bukti keparahan kes COVID-19 yang melanda Indonesia ketika ini.
Menurut perakam video semua kubur itu masih baru dan banyak juga liang lahad yang telah siap dikorek menanti ketibaan jenazah baru.
@cafelattenim part 2, lokasi Mangunjaya – Bekasi
Sumber: TikTok Cafe Latte, Twitter Sharmsoul, Twitter BPNB Indonesia

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit