Infozon
Lebih 15 Juta Botol Air Zamzam Diedarkan Di Masjid Suci

Pengurusan Hal Ehwal Dua Masjid Suci, mengedarkan lebih 15 juta botol air zamzam sejak ibadah umrah dibenarkan semula.
Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), pihak pengurusan turut memanfaatkan teknologi untuk melayani pengunjung Masjidil Haram dengan menyediakan robot pintar bagi mengedarkan botol air zamzam.
Robot itu mampu mengedarkan 30 botol air zamzam dalam tempoh 10 minit dan ia boleh bekerja sehingga lapan jam tanpa campur tangan manusia, berhenti hanya 20 saat untuk mengisi botol.
Selain itu, air zamzam turut diedarkan oleh petugas sambil menggalas beg sandang.
Sampel air juga akan diambil setiap hari untuk diperiksa bagi memastikan kualiti air yang diedarkan bagi menjamin keselamatan jemaah.
Paip air automatik untuk air zamzam turut disediakan.
Sumber: Bernama

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit