Connect with us

Infozon

Lazada Bantu Petani Terjejas, Sayur Cameron Highlands Dijual ‘Online’ Mulai Hari Ini

Beberapa hari lalu, para petani di Cameron Highlands menghadapi dugaan berat setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Rantaian bekalan makanan atau bahan mentah serta sayur-sayuran terganggu disebabkan pergerakan penghantaran dan waktu perniagaan yang terhad.

Disebabkan perkara itu, petani di lokasi tersebut terpaksa membuang beratusan tan sayur-sayuran sekaligus menyebabkan pembaziran makanan.

Namun, masih ada pihak yang ingin membantu nasib petani ini. Kini, rakyat Malaysia tidak perlu risau kerana mereka boleh membeli sayur-sayuran di Lazada.

Seorang pengguna di Twitter bernama Victor Liew berkongsi dimana pihak Lazada berjaya mengenalpasti teknologi dan logistik disebalik inisiatif ini supaya mereka dapat membantu memastikan bahan tersebut dapat dijual ke pasaran.

Menurut laman web Lazada, pelanggan boleh membeli terus daripada petani terbabit bermula dari 30 Mac dan sayur-sayuran tersebut telah dibahagikan kepada beberapa kotak.

Web tersebut juga menyatakan bahawa pesanan boleh dibuat sebelum pukul 12 tengahari dan dihantar kepada pelanggan pada pukul 3 petang hingga 8 malam pada keesokan harinya.

Sumber: World of Buzz

Continue Reading
Advertisement

Trending