Connect with us

Infozon

Laungan Azan Bergema Di Wilayah Parma, Itali Sambut Kedatangan Ramadan

Ketika ini, umat Islam di seluruh dunia sedang menjalani ibadah puasa dalam keadaan sedang diuji. Pendemik Covid-19 yang melanda membuatkan banyak keterbatasan terpaksa dihadapi demi memastikan rantaian Covid-19 ini terputus.

Salah satu negara yang mempunyai kes tertinggi Covid-19 adalah Itali yang mana jumlah kematiannya turut mencecah ribuan kes.

Pertama kali dilaungkan di wilayah itu

Namun begitu, terdapat hikmah disebaliknya apabila buat pertama kali laungan azan di satu daerah di Itali iaitu Parma dilakukan secara terbuka dengan kehadiran datuk bandarnya.

Dilakukan dalam protokol kesihatan yang betul

Menerusi Parmadaily, laungan azan itu dilakukan bagi menyambut awal Ramadan beberapa hari yang sudah dan dilakukan secara protokol kesihatan yang betul.

Satu cara masyarakat muhasabah diri

Dalam pada itu, pihak mereka juga mengakui bahawa momen tersebut sebagai satu cara masyarakat di wilayah itu bermuhasabah diri dalam keadaan sukar seperti ini.

https://www.instagram.com/p/B_cXB4oJbvX/?fbclid=IwAR0QdSwtySHWn1LhTBbL2BkvBv5pwOOVRq2ZNn8bpw1pIjTS_lFIDvXNJy8

Sumber : Parmadaily, sahabatsyurga

Continue Reading
Advertisement

Trending