Connect with us

WOW

Lauk Ikan Singgang Mungkin Boleh Jadi Penawar Penyakit Coronavirus?

Penambahan bilangan individu yang dikhuatiri positif Covid-19, telah dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini. Namun begitu, turut juga dilaporkan terdapat beberapa bilangan yang sudah disahkan sembuh ataupun bebas dari Covid-19 ini.

Tular di media sosial dan menjadi bualan hangat di kalangan netizen mengatakan bahawa, ikan singgang berpotensi untuk merawat penyakit Covid-19.

Malah jelas Pensyarah Fakulti Perikanan dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Azizah Mahmood, lauk ini mengandungi pelbagai ramuan dan bahan yang mampu menghapuskan mikrob.

Namun, tiada apa-aoa kajian yang mengesahkan lauk kegemaran ramai itu mujarab untuk merawat penyakit berkenaan. Tetapi, disebabkan bahan-bahan yang ada dalam menu tradisional itu, ia berkemungkinan berpotensi untuk merawat.

“Lengkuas, kunyit, halia dan bawang putih dalam menu ikan singgang mampu memusnahkan mikrob dan ia diakui melalui kajian yang dijalankan oleh banyak pihak sebelum ini.” Jelas pensyarah berkenaan.

Ia juga bukan satu perkara yang mudah untuk mengesahkan menu ikan singgang boleh menjadi penawar kepada virus yang sedang menular ini kerana perlu menjalankan kajian klinikal ke atas manusia dijalankan secara menyeluruh dan data dikumpul secara sistematik.

Orang awan disarankan untuk tidak keliru dengan kenyataannya dan KKM sudah pastinya telah menetapkan prosedur untuk memusnahkan virus Covid-19 ini.

Ikan singgang sememangnya diakui menu makanan yang sihat kerana penyediaannya tanpa santan dan minyak, malah boleh diamalkan untuk jadi makanan kesihatan.

Sumber: Harian Metro.

Continue Reading
Advertisement

Trending