Connect with us

WTF

Lari Sebab Takut Divaksin, Orang Kampung Di India Sanggup Terjun Sungai Ramai2

Masih ada ramai individu tidak bertanggungjawab yang sengaja menyebarkan berita palsu mengenai COVID-19 atau berkaitan vaksin untuk mengekang penularan virus itu.

Akibat terpedaya dengan berita palsu, hampir semua penduduk di sebuah perkampungan di India telah melarikan diri dan terjun dalam sungai bagi mengelakkan diri mereka divaksin oleh petugas kesihatan.

Tinggalkan rumah, lari dari petugas kesihatan

Memetik laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku apabila petugas kesihatan datang ke sebuah daerah pedalaman yang terletak di Uttar Pradesh untuk memberi vaksin COVID-19.

Apa yang mengejutkan adalah seramai lebih 200 orang penduduk di sebuah kampung bernama Sisoda tiba-tiba meninggalkan rumah mereka sebaik mengetahui kehadiran petugas kesihatan berkenaan.

“Kami tiba di kampung dengan pasukan kesihatan untuk memvaksin penduduk. Namun begitu, apabila kami menghampiri kampung, banyak daripada mereka yang melarikan diri,” ujar salah seorang petugas kesihatan.

Menurut petugas bernama Rajiv tersebut, mereka cuba menyampaikan kepentikan vaksin kepada penduduk kampung berkenaan.

Advertisement

Namun begitu, penduduk kampung terus melarikan diri dan terjun ke dalam sungai Saryu,

Percaya berita palsu vaksin beracun

Setelah disiasat dengan lebih lanjut, rupa-rupanya punca orang kampung melarikan diri adalah kerana mereka percaya berita palsu tentang vaksin COVID-19.

Sebelum itu, mereka dimomokkan dengan kepercayaan bahawa vaksid COVID-19 mengandungi racun sehingga boleh menyebabkan kematian, mati pucuk dan jangkitan virus.

Ketika ditemubual oleh media India Times, seorang petani mengakui ada mendengar ramai orang telah menerima vaksin itu tetapi dia tidak mempercayai pihak berkuasa.

Maklumat tersebut diperolehi daripada kawannya di bandar, justeru itu dia mula ragu-ragu tentang perihal vaksin berkenaan.

Advertisement
“Saya mendapat maklumat ini daripada beberapa rakan yang bekerja di bandar besar.
“Adakah jaminan kita tidak akan dijangkiti selepas vaksin? Banyak di kampung sekitar yang terburu-buru untuk mengambil vaksin dan kemudian masih dijangkiti,” katanya.

Akibat kejadian tersebut, hanya 14 orang sahaja daripada 1,500 penduduk kampung yang setuju untuk divaksin.

Untuk rekod, sehingga Khamis (27 Mei 2021), kes Covid-19 di India sudah mencapai 27.4 juta dengan lebih 315,000 kematian dicatatkan.

Negara itu memulakan program suntikan vaksin Covid-19 pada 16 Januari lalu dan sehingga kini sebanyak 200,662,456 dos sudah diberikan.

Sumber: Harian Metro, India Times (Aiswarya Dharni)

 

Advertisement

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending