Detik
Larang Bapa Pergi Bertugas, Video Anak Kru Kapal Selam Menangis Bikin Sebak

Insiden kehilangan kapal selam KRI Naggala 402 bersama 53 krunya bukan hanya menggemparkan Indonesia, bahkan negara-negara jiran turut sama merasai kerisauan tersebut.
Dalam laporan Tribun News semalam , enam serpihan dipercayai milik KRI Naggala 402 ditemui di perairan Bali memberi sedikit petunjuk dimana keberadaan kapal selam tersebut.
Tak bagi ayah pergi bertugas
Disebalik operasi mencari dan menyelamat itu dijalankan, satu video tangisan seorang anak salah seorang kru kapal selam KRI Naggala 402 tular di media sosial.
Menerusi perkongsian daripada Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki, video berkenaan merupakan anak kepada Lettu Laut (P) Imam Adi yang menangis tidak membenarkan bapanya keluar pergi bekerja dan menguncinya di dalam bilik.
Kanak-kanak bernama Azka itu enggan melepaskan bapanya pergi bertugas sambil menangis sebelum ditenangkan bapa dan ibunya.
Seakan tepat firasat sang anak, kapal selam yang dinaiki bapa tersayang yang berada di kedalaman 700 meter di dasar perairan Bali masih lagi belum dapat dikesan sejak Rabu lalu.
Seakan dapat firasat
Susulan daripada video yang amat menyebakkan tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menzahirkan rasa hiba serta berdoa supaya Lettu Laut (P) Imam Adi serta seluruh kru dapat ditemui walau dalam apa keadaan sekalipun.
Mungkin anak dapat rasakan sesuatu
Sebak lihat video ni
Semoga keluarga yang terlibat terus bersabar
Sumber: Isfafiah, Tribun News

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit