Connect with us

Cute

Langsung Tak Geli, Suami Cuci Sendiri Najis Isteri Hamil Yang Cirit Birit Dalam Kereta

Mendapat seorang suami yang menghargai pengorbanan isteri dan rajin adalah antara idaman setiap wanita. Baru-baru ini seorang wanita telah berkongsi pengalamannya sewaktu sarat mengandung anak kedua yang banyak dibantu dan mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada suaminya.

Menerusi sebuah video di Tiktok, wanita itu berkongsi kisah pengorbanan suaminya yang tidak akan dapat dilupakannya. Kejadian yang berlaku sewaktu dia sarat mengandung pada akhir tahun 2019 itu masih terngiang-ngiang di ingatannya.

Ketika menghampiri detik kelahiran anak keduanya, wanita itu yang dikenali sebagai Khalieda Yusra mengalami cirit-birit dan senggugut yang amat teruk. Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, Khalieda dan suaminya tidak menjumpai sebarang tandas untuk disinggah pada masa itu.

Walau bagaimanapun, suaminya menasihatkan untuk terus membuang hajat di tempat duduknya ketika itu. Dia yang mengalami cirit birit tanpa henti tidak mampu bertahan lagi dan akur dengan nasihat suaminya.

Walau bagaimanapun ketika ibu muda berusia 24 tahun itu kembali ke kereta selepas membersihkan diri di rumah, dia mendapati suaminya sedang mencuci najisnya. Tanpa rasa geli, suaminya hanya menggunakan kedua belah tangannya bagi membersihkan kerusi dan membilasnya sehingga bersih.

Advertisement

Bestnya dengar kisah seperti ini

Perkongsian ibu kepada dua cahaya mata itu menerima pujian netizen yang rata-rata terharu dan sebak mendengar kisah pengorbanan seorang suami yang jarang-jarang dapat didengari. Tidak kurang juga beberapa netizen berharap untuk mendapat suami seperti itu.

Tak geli cuci darah nifas

Terdapat beberapa netizen yang juga meninggalkan komen dengan bercerita pengalaman pasangan dalam menguruskan keluarga mahupun isteri yang sedang hamil.

Sumber: TikTok @kiedaamy97

Continue Reading
Advertisement

Trending