Detik
Langsing Masa Bercinta, Suami Mengeluh Fizikal Isteri Dah Tak Cantik Selepas Kahwin

Tidak dinafikan, perubahan fizikal pasangan boleh terjadi selepas berkahwin atas pelbagai faktor terutama bagi kaum wanita yang berkorban nyawa melahirkan cahaya mata. Namun, semua itu bukannya ‘tiket’ untuk suami mengutuk sesuka hati atas alasan bergurau.
Baru-baru ini, seorang lelaki di Indonesia menerima kecaman hebat netizen selepas berkongsi video di platform TikToknya @irvhanchandra memaparkan bentuk fizikal isterinya sebelum dan selepas mendirikan rumah tangga, lapor portal Terkini.id.
https://www.tiktok.com/@irvhanchandra/video/6989843541367328027
Menerusi rakaman berdurasi 12 saat itu, dapat dilihat video isterinya yang langsing sewaktu mereka dilamun bercinta serta video terkini memperlihatkan wanita itu sedang sarat hamil.
Wanita tu tak mirip pun?
@irvhanchandra Balas @usluk.usluk.123 masa sih gak mirip, bner2 udah jeleek bnget berarti bini gua :v #fypシ #yxzcba #masukberanda
Orang berbeza ke?
https://www.tiktok.com/@irvhanchandra/video/6989897508398877978?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6946026272452806146
“Mana mungkin tak mirip, maksudnya isteri saya sudah sangat tak cantik. Dah makin berusia, nampak tak cantik,” tulisnya pada ruangan kapsyen beberapa video yang dikongsi.
Berikutan itu, ramai individu meluahkan rasa bengang apabila membaca kapsyen berkenaan yang menyentuh soal fizikal apatah lagi lelaki tersebut ada menyebut perkataan ‘jelek’.
“Isteri cantik sebelum kahwin kerana ibu bapa yang menjaga. Kalau selepas kahwin dapat dilihat macam mana suami bertanggungjawab menjaga isteri,” tulis seorang netizen.
“Dijaga bang, jangan biarkan hamil. Biar tetap cantik, jangan punyai anak. Kalau ada anak tak sempat bersolek,” perli seorang lagi netizen.
Sumber: Terkini.id , TikTok @irvhanchandra

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit