Connect with us

Infozon

Langkah Kawal Covid-19 Berjaya, China Guna Ayat ‘Deep’ Perli Rakyat Degil Keluar Rumah

Umum sedia maklum bahawa wabak Covid-19 yang sedang menghantui dunia bermula dari sebuah daerah di China. Namun, sejak beberapa hari lalu, China telah melaungkan kemenangan mereka apabila berjaya melawan Covid-19 setakat ini.

Insiatif yang diambil oleh kerajaan China yang begitu ketat apabila megisytiharkan darurat ketika negara dilanda wabak nampaknya berjaya.

Sindirian makan dalam China kepada rakyatnya

Antara langkah yang diambil kerajaan ketika itu adalah menghentikan segala aktiviti ekonomi, menangguhkan perkhidmatan pengangkutan awam serta memasang gegantung atau banner sindirian pedas kepada sesiapa yang berdegil ketika perintah kuarantin.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Akhi Fairus Al-Jengkawi, dia telah menyertakan beberapa banner sindirian pedas kerajaan China ketika tempoh lockdown di negara Tembok Besar itu.

“Harini bersiar2, tahun depan kubur berumput lumut.”

“Tidur dekat rumah kan lebih baik dari tidur di ICU.”

Kalau buat dekat Malaysia, ramai keluar pergi selfie

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai maklum balas yang pelbagai daripada warganet. Walaupun tidak dapat dipastikan kesahihannya, namun sememangnya ia adalah pesanan yang wajar bagi menyedarkan masyarakat degil dengan arahan kerajaan.

Bagus buat macam ni

Padu keras ayat dia

Sumber : Akhi Fairuz Al-Jengkawi

 

Continue Reading
Advertisement

Trending