Connect with us

Inspirasi

Langgar Viva Ibu Tunggal, Pemilik Lamborghini Gantikan Dengan Sebiji Myvi

Ketika Perintah Kawalan Pergerakkan yang berlangsung sekarang, agak susah untuk kita lihat pemandu-pemandu kereta keluar dijalan raya jika tiada urusan.

Perkara tersebut membuatkan laluan jalan raya lengang dan sunyi berbeza dengan keadaan sebelum arahan PKP. Namun, siapa sangka ketika jalan tiada kenderaan lain, masih ada yang mengalami kemalangan yang tidak dijangka.

Viva berlanggar dengan Lamborghini Huracan

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Azman Nor, dia memaklumkan bahawa kereta Perodua Viva milik makciknya telah mengalami kemalangan dengan sebuah  kereta Lamborghini .

Keadaan kereta Viva itu sangat teruk dan pastinya memerlukan modal yang besar untuk dibaiki. Akan tetapi, pemilik Lamborghini tersebut bertindak menggantikan kereta yang dilanggar dengan sebuah kereta baru.

Selamatkan ibu tunggal dari kehilangan pendapatan

Tindakan pemilik  Lamborghini itu bukan sahaja mencerminkan nilai murni, bahkan membantu pemilik kereta yang juga ibu tunggal tidak kehilangan sumber pendapatannya.

Pemilik kereta Viva tersebut adalah peniaga makanan yang mencari rezeki dengan menerima tempahan makanan dan dihantar ke rumah pelanggannya

Orang ada hati budi macam ni

Susulan daripada itu, warganet telah mulai membanjiri posting tersebut dengan memuji tindakan yang diambil oleh pemilik kereta  Lamborghini yang menyelamatkan wanita tersebut daripada kehilangan sumber pendapatan ketika musim PKP ini.

Rata-rata mengucapakan terima kasih dan berasa senang hati melihat perkara baik yang terjadi walaupun bermula dengan kemalangan kenderan.

Dari claim kerugian baik ganti dengan kereta baru

Tapi pemilik Viva tu tetap fobia kan?

Sumber : Azman Nor

Continue Reading
Advertisement

Trending