Connect with us

WTF

Langgar Hak Asasi Manusia, Jenama Puma Diboikot Kerana Menaja Persatuan Bola Sepak Israel

Puma merupakan sebuah syarikat terkenal yang mengeluarkan barangan sukan global malah turut menjadi pengeluar ketiga terbesar di dunia.

Walaupun begitu, baru-baru ini jenama tersebut telah diboikot atas faktor menaja Persatuan Bola Sepak Israel (IFA) dimana jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

Menerusi laman Twitter @PACBI, slogan #BoycottPuma telah dijalankan melalui pengiklanan di dalam gerabak kereta api di London.

Selain daripada itu, hampir 200 kelab sukan Palestin telah mendesak supaya jenama tersebut menghentikan tajaan mereka.

Tidak kurang juga dengan negara-negara besar seperti Amerika Syarikat dan Britain yang turut melancarkan kempen tersebut bagi membantah tindakan jenama berkenaan.

Berikutan daripada itu, ramai aktivis yang menjalankan kempen tersebut dengan membawa poster dihadapan pejabat, kedai dan majlis bawah tajaan Puma.

Walaupun syarikat jenama tersebut mengamalkan hak kesamarataan, namun tindakan menaja Persatuan Bola Sepak Israel (IFA) jelas bertentangan dengan perkara terbabit.

Sumber: Odisi

Continue Reading
Advertisement

Trending