Connect with us

Infozon

Lancar Program Rakan Digital, Shanghai Bantu Warga Emas & OKU Akses Teknologi Digital

Shanghai melancarkan program “Rakan Digital” untuk membantu warga emas dan orang kurang upaya (OKU) mengatasi kesulitan dalam menggunakan teknologi digital.

Inisiatif tersebut sebagai sebahagian usaha bagi memastikan golongan terbabit tidak ketinggalan dalam arus transformasi digital.

Komited bantu setiap individu agar celik IT

Jumlah penduduk berumur 60 tahun ke atas di Shanghai melepasi 5 juta, menyumbang lebih 30 peratus daripada keseluruhan populasi bandar raya itu.

Shangai komited membolehkan hasil usaha pendigitalan dinikmati setiap individu termasuk golongan warga emas dan OKU.

Untuk itu, sebanyak 66 laman web rasmi, 47 aplikasi urusan kerajaan dan 23 aplikasi perusahaan utama akan diubah suai supaya lebih mesra warga emas dan OKU menjelang hujung tahun ini.

Advertisement

Dalam pada itu, tumpuan diberikan kepada bidang-bidang yang berkaitan rapat dengan kehidupan harian termasuk perubatan, perjalanan, pengangkutan dan bantuan kecemasan.

Golongan bersasar akan mendapat akses kepada perkhidmatan berkenaan dengan 1 “klik” sahaja menerusi peranti seperti telefon, TV, mesin layan diri dan sebagainya.

Sumber: BERNAMA

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending