Connect with us

Inspirasi

Lancar Berdoa Bagi Seluruh Dunia, Moga Permintaan Adik Ini Tiada Hijab & Dimakbul Allah

Fokus rakyat Malaysia sepenuhnya diberikan kepada usaha kerajaan dan kakitangan perubatan dalam menangani wabak Covid-19 yang kini sudah mencecah 17 kes kematian.

Dalam masa yang sama, menadah tangan memohon doa kepada Allah SWT adalah salah satu ikhtiar sebagai hambaNya yang banyak melakukan kesilapan di atas muka bumi ini.

Seperti dilakukan seorang kanak-kanak perempuan ini yang kelihatan bersungguh-sungguh berdoa selepas menunaikan solat dalam meminta pertolongan Allah SWT bagi menghadapi wabak bahaya tersebut.

https://www.facebook.com/ViralMediaJohor/videos/141426080620420/?__xts__[0]=68.ARDy6WmOs2bNSEUaMhZnnqRDVqLimQiG5kedRWX9sdHxknLe4UomoNgraexdWD3zgmRXW0xvNdKAG2B_ItLb_NvZU3CSZGtSZkRFzqAVjo49mJn6C_YVlF9NK5LqbKr6C4LMzrEocCiB2DKkccJy1g_bbHH3rTZkqEKWsXtLyi5k-mqD-q6EMO-ElfKfGIQE8BpCc0Qgx58DG6wTTfXWuuqy8g13YOkV8o1W2CATmTgmzYoWE2ob33gfaXcotBqFkgU7eASDkXf0uokkQOH_OFMnKEmsVT7Izfkbj7NOiwgBVbVcqR4_08HDRBSU-pWSrsRkxPO0AdG5gj9lXb7cCaK6Ct6mx_47IBA&__tn__=-R

Menerusi rakaman berdurasi seminit 49 saat itu, budak perempuan berkenaan lancar dan tersusun rapi menyebut setiap perkataan yang ingin disampaikan dengan penuh kemerduan.

“Kepada Engkau kami mengadu saat senang dan melarat. Kepada Engkau kami menadah tangan bila bicara tersekat. 
“Ya Allah Ya Tuhan kami, angkatlah wabak Covid-19 daripada kami semua. Kurniakanlah kesembuhan saudara-saudara dan sahabat-sahabat kami yang kini diuji dengan wabak ini,” antara doa disampaikan olehnya.

Video dimuat naik di laman Facebook Viral Media Johor itu meraih hampir 4,500 perkongsian serta komen netizen yang rata-rata berterima kasih kepada adik itu kerana sudi mendoakan kesejahteraan seluruh manusia selain mengaminkan doa tersebut.

Sumber : Facebook

Continue Reading
Advertisement

Trending