Connect with us

Cute

Lama Terperap Di Rumah, Lelaki Cabut Selipar Sebelum Masuk Kedai

Menjadi kebiasaan orang kita untuk menanggalkan selipar atau kasut sebelum masuk ke rumah. Mungkin sudah terlalu lama tidak keluar rumah, seorang lelaki telah menanggalkan seliparnya sebelum masuk ke sebuah kedai.

Aksinya yang spontan itu dirakam oleh adiknya yang menunggu di dalam kereta. Setelah menolak masuk pintu kedai, barulah lelaki itu menyedari bahawa dia telah pun mencabut selipar yang sepatutnya tidak dilakukan jika ke 7E.

@theofficialamirmalekSusah kalau otak lagi laju drpd perbuatan ##fyp ##tiktokmalaysia ##otakkentang

♬ Funny Laugh no no no – Sound Effect

Sempat scan MySejahtera

Walau bagaimanapun lelaki itu tidak lupa untuk mengimbas Mysejahtera sebelum masuk ke kedai dan ini membuatkan situasi tersebut menjadi lebih kelakar dan mencuit hati netizen.

Advertisement

Selepas menyedari tindakannya itu, dia menoleh ke arah adiknya dan menggeleng kepala sebelum menyarung semula seliparnya.

Lama sangat duduk rumah

Netizen yang terhibur dengan gelagat tersebut turut meninggalkan komen dalam nada bergurau dengan membuat mengatakan kemungkinan kesan daripada terlalu lama ber-PKP.

Ini mesti kaki masjid

Tinggi adabnya

Tidak kurang juga terdapat netizen yang ‘memuji’ tindakan lelaki itu yang sopan menanggalkan selipar sebelum masuk ke dalam kedai.

Sumber: Tiktok @theofficialamirmalek

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending