Connect with us

Inspirasi

Lama Berdiri Depan Kedai Nak Beli Daging, Atok Ini Akhirnya Pulang Sebab Tak Cukup Duit

Apabila usia sudah meningkat dan uzur, berapa sangatlah lagi tenaga yang masih ada untuk mencari rezeki. Usia yang sebegitu hanya mampu mengharapkan, belas ihsan daripada insan lain.

Seperti video yang tersebar di sosial media, memaparkan seorang atok tua mungkin dalam lingkungan umur 80-an mahu membeli daging tetapi hanya berlaku pergi kerana duit di tangan tidak cukup.

Letak balik daging sebab tak cukup duit

Atok itu pada mulanya berhenti di kedai daging berdekatan, namun setelah mengetahui harga sebenar atok itu segera berlalu pergi kerana tidak mampu untuk membelinya.

Namun, pemilik kedai itu memanggil atok tersebut kembali beberapa ke kedainya, lalu dibungkuskan daging dan diberikan secara percuma kepada warga emas yang uzur itu.

https://www.facebook.com/inspirasisetiapharii/videos/726332134537347/

Mungkin nilai daging yang diterima tidaklah besar mana, namun pemberian ikhlas itu sangat bernilai bagi si tua itu apabila tersenyum lebar di menerima pemberian tersebut.

Sumber : Inspirasi Setiap Hari

Continue Reading
Advertisement

Trending