Connect with us

Cute

Laksana Perkahwinan Pada Musim Covid-19, ‘Hand Sanitizer’ Dihulur Pada Tetamu

Musim persekolahan bakal tiba tidak lama lagi. Sudah pastiya, di musim-musim cuti sekolah ini kebanyakan pasangan akan memilih musim cuti ini sebagai tarikh keramat mereka untu melaksanakan majlis perkahwinan.

Namun, kali ini musim cuti sekolah kemungkinan bertukar menjadi agak suram dek kerana wabak coronavirus ini. Sudah tentunya, pergerakan keluar masuk dan aktiviti melancong akan dihadkan ekoran kes covid-19 ini kian meningkat. Malah turut disarankan orang ramai untuk mengelakkan berkunjung ke tempat-tempat yang ramai orang.

Kenduri kahwin covid-19!

Seorang lelaki di Twitter telah berkongsikan sebuah video, yang memaparkan penganting lelaki bersalaman dengan tetamu yang hadir. Lebih menarik perhatian ramai, pengantin lelaki tersebut diekori oleh seorang lagi temannya sambil membawa hand sanitizer.

Lelaki yang berbaju biru tersebut ditugaskan untuk menuangkan sanitizer tersebut kepada para tetamu, sejurus sahaja bersalaman dengan pengantin lelaki berkenaan.

 

Sudah tentunya video yang hanya berdurasi 10 saat ini, meraih perhatian netizen sekaligus mencetuskan idea dan juga tawa pada masa yang sama.

Ikut saranan yang ditetapkan…

Bagus idea macam ni!

Sudah pastinya, video ini telah memberikan idea yang bernas buat pasangan diluar sana untuk melaksanakan majlis perkahwinan dengan saranan yang selamat.

Boleh buat macam ni nanti

Benda macam ni memang betul dan sahih!

Ramai dah mula kongsikan cara ni…

Orang ramai sudah juga boleh mengikuti langkah-langkah yang disarankan ketika berkunjung ataupun menghadiri sesebuah majlis.

Sumber: Twitter. 

Continue Reading
Advertisement

Trending