WOW
Lain Daripada Yang Lain! Sarkas di German Guna Hologram 3D Ganti Binatang Sebenar

Kebiasaannya, pertunjukkan sarkas akan mempersembahkan pertunjukkan aksi daripada binatang-binatang seperti gajah, harimau, kuda dan sebagainya.
Dan kebanyakkan binatang yang berada di dalam sarkas itu diseksa dengan teruk sehingga mengakibatkan kematian.
Kesedaran tentang penderaan binatang
Circus Roncalli telah beroperasi sejak tahun 1976. Sebelum ini, mereka juga mempersembahkan aksi lasak daripada binatang seperti kuda dan gajah untuk tontonan pengunjung.
Tetapi, disebabkan kesedaran terhadap penderaan binatang, mereka telah menggantikan pertunjukkan haiwan sebenar dengan menggunakan hologram tiga dimensi.
Mereka tidak lagi menggunakan haiwan hidup untuk pertunjukan sarkas mereka. Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran dan mengurangkan keganasan dan penderaan terhadap haiwan di sarkas.
Nampak macam haiwan sebenar!
Hologram 3D tersebut dihasilkan dengan penggunaan set projektor dan laser untuk menghasilkan bentuk holografik binatang kepada saiz yang sebenar.
Bukan itu sahaja, ianya bukan sekadar 3D yang biasa kerana mampu bergerak disekeliling kawasan sarkas tersebut.
Projek yang bernilai €500,000 (RM2,313,883) berjaya dihasilkan dengan bantuan 15 tenaga pereka 3D dan jurutera perisian.
Ini menjadikan mereka adalah sarkas yang pertama tidak menggunakan haiwan sebenar untuk pertunjukkan.
Sumber: Google, CladGlobal

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit