Connect with us

WOW

Lagi 30 Minit Pelanggan Nak ‘Pick-Up’, Kek Hancur Ditarik Anak Buah

Sudah menjadi adat dalam perniagaan apabila peniaga menghadapi waktu-waktu yang sukar ketika menjalani aktiviti perniagaan. Pelbagai dugaan yang dihadapi akan menjadikan peniaga semakin kuat menghadapi cabaran.

Perkara tersebut telah dihadapi oleh seorang wanita yang menjual kek menerusi perniagaan atas talian. Aqilah telah menerima dugaan apabila keknya musnah sebaik 30 minit sebelum pelanggan ingin datang  bagi mengambil tempahan.

Lagi 30 minit pelanggan nak ‘pick-up‘, kek hancur ditarik oleh anak buah

Aqilah yang merupakan seorang pembuat kek sering menerima tempahan daripada pelbagai pelanggan, tidak menjangka perkara ini berlaku, kerana sebelum ini dia tidak pernah menghadapi situasi sebegini.

Hanya tinggal setengah jam sahaja pelanggan tersebut ingin mengambil kek itu di rumahnya. Walau bagaimanapun, semasa kejadian itu berlaku dia segera menghantar whatsapp kepada pelanggan tersebut memberitahu tentang kejadian yang berlaku.

Alhamdulillah nasib baik dapat customer baik

Setelah memberitahu pelanggan tersebut, Aqilah segera membuat semula kek yang telah musnah itu dengan membetulkan lapisan krim yang telah hancur, dan menghias kembali bahan-bahan pada permukaan kek tersebut.

“Mujur kek dalamnya elok lagi cuma krim luarlah yang rosak semua. So aku coating & deco la sambil tersedu-sedu.”

Dia juga telah menawarkan diri untuk menghantar kek itu sendiri ke rumah pelanggan, sebagai permohonan maaf atas kejadian yang berlaku.

Akhirnya, pelanggan tersebut berpuas hati dengan kek yang dibuat oleh Aqilah, kerana kek itu cantik dan sempurna walaupun sudah baiki akibat peristiwa itu.

Rata-rata netizen memuji dengan tindakannya yang profesional, malah berjaya menghasilkan semula kek yang sama dalam waktu yang singkat.

Sumber: Twitter

 

Continue Reading
Advertisement

Trending